Tuesday, May 28, 2013

Kekasih Hati Kami

Ni lah kekasih hati ibu dan abah. Bagus diorang ni bagi kerjasama yang baik. Adik sekarang ni ok lagi la, abang dah kena ikut mood dh. Kalau mood ok untuk posing2 xpe lah, klu x, lain kali lah ye ;)

Monday, May 27, 2013

Laksa

Sepatutnya selepas setahun bersalin baru boleh makan laksa ni. Tapi disebabkan degil dan tak sabar2, semalam saya dah buat laksa. Orang Kedah, so wajib lah laksa pun laksa kedah jugak.


Bahan-bahan

Kuah
- 10 ekor ikan kembung
- 2 batang bunga kantan (diketuk / dipotong 2)
- beberapa tangkai daun kesom
- 3 ulas bawang besar + 1 ulas bawang putih + sedikit belacan (dikisar)
- 2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
- garam secukup rasa
- 2/3 keping asam keping untuk kuah
- 3/4 keping asam keping untuk merebus ikan
- air secukupnya

Cara2
- ikan direbus. masukan 3 keping asam keping semasa merebus ikan.
- asingkan isi ikan dan tulang. blender isi ikan dahulu, kemudian barulah blender tulang ikan.kalau rajin tulang ikan tu blender banyak kali sampai airnya bertukar jadi warna putih. tapi jangan lupa tapis ye. kalau tak rajin nak asingkan isi dengan tulang, boleh blender skali je tapi perlu ditapis
- air rebusan ikan tu jangan di buang sebab boleh digunakan untuk blender ikan atau masukan dalam kuah. tapi jangan lupa tapis sebab takut ada tulang2 ikan yang tertinggal kat dalam tu
- masukan semua bahan2 ke dalam periuk, masak sampai mendidih

Laksa

Laksa boleh direndam semalaman sebelum direbus untuk mempercepatkan laksa lembut ketika direbus

Bahan Hiasan
- Timun
- Bawang besar
- Daun Selom
- Cili api
- Telur Rebus
- Limau kasturi / limau nipis

Semua dipotong nipis2

Bila semua dah masak,boleh la dihidangkan ;)

Al-Fatihah

Hari tu saya ada buat post mengenai adik Adam. Kepada yang belum baca, ada kat sini, Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka

Walaupun saya tak kenal dengan Adam secara rapat tapi naluri ni rasa sedih sgt. Pada usia yang begitu muda, Adam perlu berdepan dengan dugaan yang sangat berat. Kuat kan Adam. Dan pada masa saya menulis ni, adik Adam Azfar dah kembali ke rahmatullah. Adik Adam telah meninggal dunia pada jam 110.11am di kediamannya di 26, Jalan PP 4/3 Taman Putra Prima, Puchong.

Allah lebih sayangkan adik Adam. Inilah yang terbaik daripada adik Adam terus menanggung kesakitan. Allah Maha Mengetahui, Dia telah aturkan yang tebraik dalam hidup kita. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

Thursday, May 23, 2013

Masak2, Makan2

Petang semalam buat mee bandung saja untuk dinner sebab encik asben nak makan. Masa nak masak tu geram pun ada. Encik asben balik keje pukul 7pm,pastu bila masuk dapur, anak2 pun sibuk ke dapur, adik dengan walkernya, abang dengan basikalnya. Dapur dah la kecik comey je. Hmm.. Sabar dan terus bersabar tapi mulut tak berhenti pot pet

Lepastu dalam pukul 10pm tu buat kari ayam pulak untuk bawa bekal hari ni. Masak simple2 cukup lah. Kalau tak bawa bekal, pening je pk nak makan apa, makan di mana. Dah la semuanya mahal2. Tapau nasi 1 bekas dah boleh beli ayam setengah ekor dah.

Ni bekal untuk encik suami. Saya cuma bawa nasi dengan kari je. Kalau bawa macamni tak termakan la jawabnya. Tak pun lepas makan tu terus tidur sebab terlalu kenyang ;)