Wednesday, May 11, 2011

Over ke?

Ibu rasa macam ibu over lak hari ni. Ibu dah sevey2 pasal kindy untuk anak ibu ni. hmm... Tapi sebenarnya awal lagi untuk Haziq. Tu la ibu over lak kan. Dok sibuk2 sevey registration fee, monthly fee semua padahal nanti harga tu akan naik. Tapi tak pe at least dah ada sikit input dalam otak ibu ni kan.Yang ibu sempat servey tadi Genius Aulad, Smart Readers, CIC, Brainy Bunch Islamic Montessory. Ni kali ke dua la ibu servey. Kali pertama ibu buat servey ni masa sekolah baru buka. Time tu orang sibuk nak daftar anak kat sekolah, ibu lak dok bayangkan macamana la Haziq nanti.  Kejap je anak ibu dah besar, dah buat ibu fikir nanti nak sekolahkan Haziq kat sekolah biasa ke sekolah agama. Takpe tu Haziq boleh bagi jawapan untuk ibu nanti

Lepas tu ni ibu dok sibuk tengok kalender bulan 8 lak. Haa... mestilah sebab ada sesuatu yang istimewa bulan 8 tu. Yang pertama, bulan tu kita puasa. Macamana la agaknya keadaan sahur tahun ni. Besar kemungkinan ibu bangun masak untuk sahur tu tak tidur la sampai pergi kerja kan sebab ibu dapat rasakan assistant ibu akan bangun menolong ibu. Lepas tu raya. Jeng3. berapa hari ibu nak apply cuti ni. Tapi fakta sekarang ni annual leave ibu berbaki lagi 4 hari je. Takpe, bak kata bos ibu tadi we can arrange about that. We talk about it when the time comes. Ada bau2 good news je kan. Berdoalah ke arah tu. Tahun ni raya kita turn kampung abah dulu tau. Lepas tu baru kita teruskan journey ke Kedah. Tapi tak comfirm lagi raya ke berapa balik Kedah. Tu akan diputuskan oleh abah nanti. Ibu kena fikirkan ayat2 sedih ni.hehe...Tak la, mestilah kena adil kan. Dan fakta lagi ibu belum habis ganti puasa. Cepatnya masa berlalu. Ke ibu yang lambat bertindak?

Lepas tu ada satu lagi kemusykilan ni. 31 Ogos tu cuti hari raya + cuti merdeka. Macamana tu ye? Agak2 ada replacement tak? Nak tanya bos macam terlalu over awal lepas tu nanti bos kata asyik nak cuti je. hmm... Mintak2 la ada replacement kan. Selamat 1 hari daripada kena unpaid. Mesti ramai yang setuju ni

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.