Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu


Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya kepada mak saya dan juga pada semua yang bergelar ibu. Kepada anak2 hargai lah ibu anda sebaik mungkin, jagalah hati ibu anda. Tak kira apa panggilan yang diberi - mak, ibu, umi, mama, mummy jasa mereka pada kita terlalu besar, teramat2 besar. Walau apa pun yang kita lakukan tak dapat membalas jasa ibu yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik dan melakukan segala2 yang terbaik untuk kita. 

Kepada yang masih tinggal bersama ibu atau tinggal berdekatan dengan ibu, hargailah saat2 indah itu. Macam saya ni tinggal agak jauh dengan mak. Bila mak kata mak teringat, rindu, saya akan cuba untuk balik. Kalau boleh saya tak nak biar mak sedih, rindu sebab mak dah lakukan yang terbaik untuk saya sehingga ke hari ini. Tak ada kata yang boleh menggambarkan betapa sayangnya saya pada mak. Selagi ada hayat saya, saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga hati mak. Saya akui saya memang kerap balik kampung. Sampai ke hari ini setiap bulan saya pulang ke kampung. Memang menggunakan duit yang agak banyak. 

Jiran A (masih ada ibu bapa di kampung) : Rajinnya balik kampung. Dah la guna duit banyak. Habis duit je
Saya : Tak pe kak, duit boleh cari. Selagi mak ayah masih ada, masa ni saja saya boleh jumpa mereka

Jiran B (sudah tiada ibu bapa) : Balik lah jenguk diorang selagi diorang masih ada. Macam akak ni rasa rindu sangat tapi nak buat macamana diorang dah tak ada.

Hargailah kedua ibu bapa selagi mereka masih ada, selagi kita boleh memeluk, memegang, bercakap dengan mereka. Tiada galang ganti untuk seorang ibu. Kepada yang bersengketa atau kurang menghargai ibu, pulanglah kepangkuan mereka. Mohonlah maaf kepada ibu, peluk lah ibu. Bila anda dah menjadi seorang ibu barulah anda tau macamana sebenarnya perasaan seorang ibu


Selamat Hari Ibu - Hujan


Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.