Sunday, February 16, 2014

Demam Campak

Ada orang sebut demam campak, ada orang sebut chiken pox. Sejenis penyakit yang boleh dikatakan akan dihadapi oleh semua orang. Hari rabu tu ada 1 biji kat hidung adik, ingatkan ruam biasa je. Hari Khamis tu tengok macam banyak je naik biji2 tu. Dah mula suspek campak dah. Tapinya adik tak demam pun sebab selalunya akan demam dulu baru keluar biji2 tu. Petang khamis tu bawa ke klinik, doktor kata memang chiken pox.

Malam tu adik dah mula resah gelisah tak boleh nak tidur sangat. So Jumaat tu ibu pun cuti lah. Mula2 banyak naik kat bahagian belakang. Pastu hari Jumaat tu bagi minum air kelapa sikit, makan bubur + sup ayam (tak tumis apa pun, cuma rebus je tapi letak bahan2 buat sup). Memang meriah la naik biji2 tu. Malam tadi memang ibu dengan abah tak tidur malam sebab adik tak selesa, rimas dengan biji2 campak tu pastu time tu la baru nak demam, temperature 39.8. Sian adik, kena tanggung 2 kesakitan dalam satu masa sebab selalunya akan demam dulu,lepas demam baru keluar biji.

Orang tua2 kata tak boleh bagi makan ubat kalau kena demam campak ni sebab takut biji2 campak tu keluar tak habis. Tapi malam tadi sebab dah jelum2 pun panas tak turun, bagi jugak la ubat demam. Malam tadi memang jelum je sepanjang masa, sebab terlalu panas sangat. Takpe la ibu pejam mata sambil duduk pun kan :)


Semalam cari daun mambu. Daun ni memang terkenal kalau orang kena demam campak ni. Fungsinya untuk kurangkan rasa miang / gatal. Boleh letak kat tempat tidur. Kalau rasa susah nak cari daun ni boleh dapatkan kat kawasan yang ramai penduduk india, insyaAllah ada.

Hari ni dari pagi memang panas je badan adik. Pastu merengek tu tak payah nak cakap la kan. Ibu faham mesti adik lenguh sangat kan, pedih sebab biji2 yang dah pecah kat belakang, gatal, miang, demam. Dalam mulut, dalam telinga pun ada. Hari ni apa pun adik tak makan. Ibu masak jugak bubur dengan sup tapi bila adik tak nak, ibu la yang habiskan. Cepat la ibu membesar. Adik tidur hari ni asyik terkejut2, tangan ibu tak boleh angkat dari badan adik. Ada kawan bagi pendapat untuk minta air penawar dari ustaz.

Tadi pergi rumah ustaz Abdullah (seorang perawat dari Darul Syifa, Bangi). Memang selalu ke rumah ustaz dari abang baby dulu lagi. Ustaz ada bagi beberapa petua :

- jangan bagi orang yang kena demam campak ni terkena air hujan atau pun air laut selama 6 bulan. Ingat ye, 6 bulan. Sebabnya ustaz kata selama 6 bulan tu virus tak hilang sepenuhnya lagi, kalau jadi lagi sekali dalam tempoh tu, kesannya akan lebih teruk.

- daun mambu yang nak lapik kat tempat tidur tu kena letak yang bahagian licin di bahagian atas, bahagian pucuk di kepala - ustaz pegi petik daun dari pokok dia tadi


- bila semua biji2 dah kering, nak hilangkan parut tu tumbuk daun belimbing campur dengan bedka sejuk dan pakaikan seluruh badan. Ustaz bagi jugak daun belimbing dengan bedak sejuk tadi

- kalau demam, temperature tinggi, badan terlalu panas boleh mandikan dengan air daun inai / daun delima untuk kurangkan panas badan.  

Kadang2 petua orang2 lama ni berguna. Mana yang kita rasa boleh buat, kita buatla kan. Sebab tak semua daripada kita percaya semua ni kan. Terpulang pada individu. Jangan nanti bila baca apa yang saya tulis ni ada yang cakap mengarut ke apa. Saya cumma nak kongsi dengan yang boleh menerima :)

Semoga adik cepat sembuh ye sayang. Ibu update blog ni time adik tidur dan ibu tengah tunggu kek masak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.