Dah lama akak nak menulis pasal kita. Akak rindu sangat2. Blog ni pun dah lama akak tinggalkan. Tapi hari ni akak usaha login balik sampai kena reset password sebab dah lama sangat akak tak login blog ni. Akak tak tau nak mula macamana. Tapi memang banyak sangat yang akak nak cerita.
Dulu kita dah kerja sekali, 1 tempat lepas tu yana resign sebab management company yana problem. Lepastu yana balik kampung, tolong ibu dgn abah niaga, jaga along dalam pantang. Kita still lagi contact each other. Jeff ada tanya akak ida u ada kawan tak nak recommend jadi admin. Akak terus fikirkan yana. Jeff kata kalau u recommend comfirm dapat. Alhamdulillah rezeki yana. Lepas tu kita sangat rapat, setiap hari breakfast, lunch sama2. Segala kisah suka duka kita kongsi bersama. Bukan saja kisah kita tapi sedara2 mak ayah pun kita cerita. Kita mempunya latar belakang keluarga yang tak jauh beza. Setiap pagi akak akan belikan yana breakfast, kadang2 bihun, kadang2 nasi kerabu. yana memang suka makan nasi kerabu. Lunch pulak kita akan merayap sana sini naik motor yana, akak pulak akan pinjam helmet sana sini. Kita suka makan kat jpa, sebab situ makan murah lepastu ada jual2, lepas tu kita wajib beli mangga.Balik office krup krap kunyah mangga tu tak ingat apa dah.
15 june kita try makan kat tempat baru, sport arena cyber. Macam biasa la pukul 12pm je akak cari helmet, dapat je helmet terus cabut. Dah sampai sana yana beratur lebih kurang setengah jam sebab yana nak tunggu ikan pari bakar, akak lak dok berzikir kat meja kenapa la lama sangat. hehe...
Ikan pari dengan ulam tu nasi yana, akak lak makan nasi kukus sebab nak cepat.
Dah nak balik tu yana nampak pulak orang jual satay ikan yang bulat2 tu, excited betul yana.
Yana : Akak ada satay ikan la yang makanan masa kecik2 dulu tu. Akak nak tak, yana nak la.
Akak : akak tak makan. yana nak pegi la beli, akak tunggu kat sini.
Yana : Ok,kejap yana nak pegi beli
Lepastu tak lama patah balik
Akak : la kenapa tak beli
Yana : tak pe la kak lain kali je lah. Akak esok kita datang lagi ye sini, kita makan nasi set sotong pulak ye. yana teringin la
Akak : Ok. tapi kan yana kita kan puasa sebulan je, lepastu kita ada 11 bulan untuk makan siang hari macam biasa ( sambil gelak2 )
Yana : tak tau la kak sempat ke tak
Masa yana p nak beli satay ikan tu akak sempat ambik set sotong ni yang baru lepas goreng.
Sebelum balik tu cerita pasal angan2.
Akak : akak nak sangat 1 hari nanti ada kedai makan sendiri
Yana : Aah kak Yana pun sama. Yana nak jugak sebab dalam family Yana, Yana sorang je tau nak proses putu mayung yang ibu dengan abah buat tu. Nanti kalau diorg takde Yana la yang akan mewarisi perniagaan tu kan kak
On the way balik office tu trafik light semua hijau, yana cakap tengok kak rezeki kita bagus hari ni, semua hijau.
Hari Isnin tu jugak sepatutnya akak bawa laksa untuk Yana sebab dah lama Yana teringin nak makan tapi weekend tu akak tak sempat buat. So akak plan raya ni la nak buat laksa. Yana kata ok raya ni la makan laksa.
16 June tu akak singgah kedai lepastu tengok ada nasi kerabu tapi lauk daging takde, akak ambik lauk ayam la. Tengok nasi kerabu tu memang teringat kat yana walaupun hari yana tak kirim tapi akak tergerak hati nak beli. Selalu dalam pukul 8am tu memang yana dah kat office dah tapi hari yana lambat, tak de pun bagitau nak cuti ke apa. Dalam pukul 8.30am ada sorang officemate call tanya akak ada tak number phone family yana, akak cakap xde, akak tanya kenapa, katanya yana accident. Akak tanya macamana keadaan yana ok ke x, dia cakap yana dah takde. Akak tak tau macamana perasaan akak masa tu. Nasi kerabu yang akak belikan tu ada atas meja Yana. Lepastu akak ikut Ken dengan Richard ke highway MEX.
Masa lalu sebelah kanan tu dah nampak tempat kejadian tapi nak u-turn tu jauh. Bila dah sampai akak gagahkan diri untuk kuat. Kali pertama akak pergi tempat kejadian macamtu. Akak tetap nak tengok disebalik plastik hitam tu, wajah Yana sangat tenang, macam sedang tidur. Hari ni kita berjumpa dalam keadaan yang berbeza. Akak rasa macam nak peluk ajak Yana bangun. Semalam kita bergurau, kita merancang mcm2 nak beli baju raya anak2 akak, Yana nak beli wallpaper untuk ibu, macam2 segalannya kita plan nak buat sama2. Tapi kita hanya merancang, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Macamana akak sayangkan Yana sekalipun Allah lebih sayangkan Yana.
Akak ikut sekali ke hospital. Di sana kali pertama akak berjumpa dengan along, dengan Miza dan anak2 buah Yana. Dan haritu jugak la kali pertama dalam hidup akak ikut sekali masa mandikan jenazah, kapankan jenazah. Akak bukan lah seorang yang kuat tapi akak kuatkan diri akak sebab akak nak tengok Yana. Alhamdulillah segala proses berjalan dengan lancar dan cepat. Tak ada yang tersangkut di mana2, segalanya di permudahkan.
Terngiang2 lagi di telinga akak bila Yana bagitau akak yang Yana dah jumpa jalan baru nak pegi keje
Yana : yea,,akak Yana dan jumpa jalan baru nak datang keje
Akak : ye ke. ikut jalan mana
Yana : ikut highway, kejap je sebab jalan tu tak jamm. kalau ikut jalan biasa ni jamm teruk
Tiba2 akak teringat jugak rupanya2 minggu lepas banyak perbualan kita yang ada tanda2 tapi akak tak take note pun. Ada sekali tu Yana cerita pasal ni:
Yana : ibu pesan kalau nak beli barang2 biarlah ikut kemampuan kita jangan beli yang mahal2, nanti kalau kita mati lambat Allah nak hitung semua tu. Pastu kan kak Yana terfikir nanti kalau Yana mati, agak2 lambat tak Allah nak hitung. Tapi Yana tak de barang2 sangat pun kan akak
Lepas tu ada 1 perbulanan kita juga yang Yana cakap akak ni cakap macam nak pergi jauh je. Rupanya Yana yang pergi jauh tinggalkan akak. Keesokannya akak pegi kerja sape2 tanya pasal Yana air mata yang mengalir dulu daripada membuka mulut. Akak buka cabinet nak ambik tupperware pun nampak tupperware Yana, mug Yana, jalan pergi ke cafe pun rasa kosong je. Terlalu banyak kenangan dengan Yana. Setiap hari bercerita itu ini, macam2, segala hal tiba2 Yana tak de.
Kita pernah balik Kedah sama2, dalam kereta Yana memang suka melayan anak2 akak, lebih2 lagi Dhia. Kejap Dhia merajuk, kejap Yana merajuk lepastu main2 pujuk. Comel je dua2. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan.
Yana, akak dengan abg mie dan anak2 dah pergi rumah Yana kat kampung. Akak memang nak sangat jumpa ibu dengan abah Yana lebih2 lag ibu sebab setiap hari tak pernah lekang dari bibir Yana cerita pasal ibu. Yana memang seorang anak yang baik, sangat2 baik.
Family Yana : Yana sangat2 sayangkan ahli keluarganya. Segala perangcangan yang dia buat semua akan melibatkan family
Omar : Yana sangat sayangkan Omar. Yana dah plan macam2 dah untuk hadapi hari bahagia awal tahun depan tapi Allah ada sesuatu yang lebih baik lagi untuk Omar dan Yana.
Kita semua milik Allah, bila2 masa, tak kira usia, sama ada sakit atau sihat kalau dah sampai masanya kita akan menemui pencipta kita. Kita akan tinggalkan semua yang ada di dunia...
Akak bersyukur sebab Allah SWT pertemukan akak dengan Yana...Yana seorang adik yang baik, sangat baik
Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Nur Liyana binti Jafar dan berdoa semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 terpilih di sisi Allah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.