Friday, November 25, 2016

Back to School

Cuti sekolah dah mula dah. Dah boleh la buat preparation untuk sesi persekolahan tahun depan. Tahun depan abang darjah 2, adik tadika. Ada beberapa kawan yang anak sulong nak masuk darjah 1 tahun depan tanya apa yang patut beli, apa yang tak patut. Ni nak share sikit la apa yang still ingat lagi.

1 : baju sekolah rendah. Baju dgn seluar jual asing2. Time mcmni ada certain tmpt akan buat sale sblm diorg kluarkn stok baru. Tak payah la beli sampai 5 pasang sebab akan ada hari pendidkan jasmani. Macam kat sekolah anak ada 2 hari pendidikan jasmani. Jadi haritu tak payah dah pakai baju sekolah. Seharian pakai baju sukan. Ni ikut kemampuan la.klu mampu boleh la beli yang brand canggih manggih tu.

2 : baju sekolah agama - sepasang baju putih, sampin dan songkok. Yang ni seminggu 5 hari memang kena pakai la sebab tak ada pendidikan jasmani. Terpulang la nak beli terus 5 pasang pun.

3 : kasut sekolah kalau boleh beli la lebih dari 1 pasang sebab memang akn confirm kotor. Kalau haziq hari isnin tu pun kasut memang nmpk putih sikit2 saja.

4 : beg sekolah kalau anak sekolah rendah dan sekolah agama dan anak transit di mana2 memang kena ada 2 beg. Kalau nak beli beg beroda kena tengok la anak dok kelas tingkat berapa. Kalau anak dok kelas bawah ok. Tapi kalau anak kena naik tangga susah sikit la sebab beg tu pun memang dah berat walaupun tak letak buku lagi.

5 : alat tulis... haa part ni menarik. Yang ni kena beli lebih. Feeling2 mcm nak berniaga kat rumah la. Pensil, pemadam, pembaris mmg akan sentiada hilang. Macam haziq ada yang bg kat kawan sebab kawan tak ada pensil, ada yang kawan pinjam tak bagi balik, ada jugak yang tak tau p mana. Pensel warna pun tak payah beli yg besaq2 yang 36 batang tu. Takut nanti bila bawak balik rumah mak jd trauma tgk warna tinggal 15. Beli yang biasa2 saja utk bawak ke sekolah.

6 : buku tulis boleh beli kat kedai buku kat sekolah. Cikgu akan bagi list la nanti buku2 yang nak kena beli.

7 : pembalut : pembalut plastik tu ada jual kat buku yang ikut size buku tulis. Jadi senang la sikit. Tak payah nak ukur size buku, potong plastik lpstu balut..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.