Friday, November 18, 2016

Selamat Hari Lahir Abang

Esok 19 Nov 2016 masukla 7 tahun umur abang. Banyak pengalaman yang ibu dapat dengan kehadiran abang. Banyak juga khilaf ibu dalam membesarkan abang.

Semasa mengandungkan abang ibu dapat lalui benda2 baru. Kali pertama ibu masuk wad sebab keadaan alahan yang terlalu teruk. Ibu rasa macamana seksanya alahan tu. 1 hari lebih dari 20 kali ibu muntah, apa saja yang masuk dalam mulut pasti ibu akan muntah walaupun hanya seteguk air masak. Sampai ke tahap muntah keluar darah. Semua tu pengalaman dan ujian.

Bila abang dah mula makan ibu sediakan bekal untuk abang setiap hari. Macam2 resepi ibu cari. Ada masa ibu rasa penat tapi ibu happy sebab abang makan apa yang ibu masak.

Bila dah ada adik abang dah banyak berdikari, dimarahi. Di sini banyak khilaf ibu. Bila adik menangis ibu akan tanya abang kenapa adik menangis, bila adik dan abang bergaduh selalunya ibu salahkan abang, kenapa abang buat adik. Kadang2 bila abang minta sesuatu ibu cakap abang buat la sendiri kan abamg dah besar. Ibu tau abang sedih. Walaupun abang nampak ceria, happy go lucky tapi ada masanya hati abang cepat tersentuh. Ibu minta maaf. Ibu tau salah ibu. Ibu akan perbaiki untuk menjadi ibu yag lebih baik kepada anak2.

Ibu harap abang akan menjadi seorang insan soleh yang akan berjaya di dunia dan akhirat.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.