Monday, July 19, 2010

Haziq @ Edhan @ Haikal @ Boboy @ Syg

Semua gelaran di atas tu merujuk kepada nama putera di hati saya dan suami...setiap hari klu terlintas kerenah dan kelakuan dia mesti saya akan tersenyum sendirian.Kalau boleh setiap saat pun tak nak berpisah.Tapi apakan daya ibu kena tolong abah cari duit nak besarkan anak ibu dan abah ni.Setiap malam sebelum tidur mesti abah akan sibuk kejar nyamuk,kelakar je seolah2 mcm nyamuk tu seekor binatang yang besar,padahal kecik je.tu la keje abah malam2.Takut nyamuk gigit hero dia.Ibu lak klu tgk ada bekas gigitan nyamuk,semut mmg ibu akan menyumpah je binatang2 tu sebab gigit anak ibu...bila difikirkan balik mcmana la ada anak2 yang sanggup ketepikan ibu bapa selepas diorang dan berjaya.Ada yang langsung tak mengaku keluarga...Tak terfikir ke diorang kalau tiada insan yang bergelar ayah,abah,papa,daddy,mak,ibu,mama,mummy @ apa panggilan sekali pun mcmana nasib diorg,adakah diorg akan menjadi seperti sekarang....
Ibu sentiasa doakan agar anak ibu sentiasa jadi insan yang mengikut segala perintah Allah,meninggalkan segala larangan Allah,mendengar cakap,menjadi insan yang berguna...
Kadang2 bila tengok kerenah budak2 sekarang ni cepat2 saya beristigfar semoga anak saya dijauhkan dari segala perangai2 yang tak elok.Semoga doa saya akan dimakbulkan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.