Abang dengan adik dua2 orang kena serangan batuk dab selsema. Alhamdulillah tak demam. Adik ada la demam kejap, lepastu ok. Dah dekat sebulan rasanya. Bawa ke klinik area rumah tu mula2 dapat ubat batuk yang warna macam air kopi cair tu. Lepastu tak ok pegi semula tapi tak dapat antibiotik pun, doctor cuma tukar ubat. Dapat ubat warna putih pulak. Dan ubat tu boleh kongsi untuk adik dan abang cuma dos kurang la untuk adik, adik 2ml abang 5ml.
Mulanya rasa tak sedap hati juga tapi bila fikir klinik tu ramai parents bawa baby so mesti la ok, tak kan doctor nak bagi ubat yang salah. Tapi bila seorang kawan cakap ubat untuk baby jenis lain la, tak ngantok pun. Saya dah rasa semacam. Batuk adik dah bunyi macam batuk orang tua. Kadang2 sampai nangis2 time batuk tu. Masa adik batuk, bila dengar pun rasa macam pedih kat tekak.
So decide ke klinik lain. Bila turn jumpat doctor saya pun cerita la history ubat yang dua beradik ni pernah ambik. Muka doctor tu berubah. Dia cakap dia seorang doctor and at the same time dia pun mother, dia ada baby. Doctor tu cakap saya marah bila dengar cerita awak ni, tapi i bukan blame you sebab you pun tak tau. Doctor cakap ubat yang adik dapat tu ubat untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas. Dulu memang kementrian bagi ubat tu tapi ada few cases yang bila baby ambik ubat tu ada efek2 yang tak elok, ada yang terus tak bangun dan boleh rosakan saraf. So ada ubat lain yang memang khas untuk baby. Dalam hati saya masa tu tak tau la nak cakap macamana, rasa bersalah pada anak, risau keadaan anak. Tapi saya doakan tak ada apa2 yang tak elok pada adik. Maafkan ibu ye adik
Adik buat nebulizer sekali dan doctor cakap ada sikit infection kat paru2, tekak bengkak. Malam ni kena follow up. Abang dah makin ok dah, tak perlu nebulizer, paru2 clean je. Tapi sebenarnya saya banyak amalkan petua2 tradisional untuk adik ni. Ye lah baby kan tak elok sangat nak bagi makan ubat macam2 ni, lagi2 la kalau yang masa awal dapat ubat tu, ubat orang besar, Huhu...
Ni yang saya amalkan. Kawan2 boleh la cuba kalau baby / anak kena batuk dan selsema
1. bakar bawang putih lepastu campur dengan minyak masak, letak berhampiran ubun2 anak, sapu di dada dan belakang
2. kunyir hidup campur kapur makan, sapu dekat batang hidung. tapi jangan letak kapur terlalu banyak sebab kapur tu panas
3. campur air limau dengan kapur, sapu kat dada dengan belakang. pesan mak saya sebelum sapu air limau dengan kapur kat badan anak tu, letak la minyak jonhson ke minyak masak ke sikit kat tempat yang nak sapu tu sebab takut mengelupas kulit ke nanti
Selain dari tu saya juga steam untuk kluarkan kahak adik. Bila steam tu kahak akan cair dan akan meleleh keluar. Lepas stema tu tepuk2 la kat belakang badan. Kalau nak tau cara2 yang betul boleh google ye.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.