Monday, March 11, 2013

Tekanan Darah Rendah

Teruk betul kena kali ni. Malam tadi dah la encik asben kerja shift malam, dah hampir2 nak suruh balik dah. Berpusing2 je rasa kepala. Tengok lantai pun nampak senget, tak rata. Nyaris2 terjatuh dalam bilik air. Macam ni la kalau ada low blood pressure ni, silap sikit saja memang rasa la panahan dia. Huhu...

Rasanya sebab 2 malam berturut2 tidur lewat, 2am, 3am. Tak cukup rehat. Tu jadi macamni. Nasib baik la anak2 pun tidur elok malam tadi, tak meragam. Pukul 9.30pm saya dah tidur dah, anak2 tidur, ibu pun join sekali, tak larat nak angkat mata dah, rasa berat sangat. Hari ni pun tak ok lagi, rasa macam terhoyong hayang je.

Tapi alhamdulillah la wpun saya mmg low blood pressure, masa pregnant tak de masalah dengan tekanan darah, hb semua. Cuma masalah alahan saja. Dah tu kerang, hati memang saya tak makan. Rasa macam tak boleh nak telan. Bukan tak cuba, dah cuba tapi memang tak boleh. Hati saya boleh makan tapi kena goreng bagi betul2 garing tahap hampir hangus tu. Tu pun cuma makan yang part tepi yang keras2 tu je, yang tengah lembik tu tak makan. Kerang memang tak boleh masuk. Saya banyak makan bayam merah.

Kena cari supplement ni. Umur dah makin meninggkat, dah nak masuk 30 dah. Dengan tekanan darah rendah nya lagi. Huhu...

2 comments:

  1. Tc dear..
    Ina ni bkn je masalah tekanan drh rendah hb pun rendah..
    Tu yg slalu pening2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akak.sma2 la kita jaga diri ye.huhu...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.