Wednesday, February 1, 2012

Perihal kenduri

Alhamdulillah, dah lepas dah majlis kenduri kahwin adik, 29 Jan. Nak kenduri ni macam2 hal la kena fikir

1. Air

Rumah kat kampung atas bukit, jadi tekanan air memang rendah la. Siang memang susah nak adaair paip. Pukul 2am macamtu kena la tadah air. Bayangkan kalau hari kenduri yang memang sah2 nak guna banyak air tu tapi tak ada air. Susahkan kalau masalah air ni.

Ayah buat surat hantar kat SADA (Syarikat Air Darul Aman) bagitau masalah tekanan air. 1 hari sebelum kenduri tu SADA datang hantar air. Yang paling best ialah PERCUMA ;) . Selesai masalah air
2. Parking

Kat atas, bawah, tepi rumah dah penuh dengan pokok getah, tak ada ruang untuk parking. Ayah buat tempat parking kat simpang nak masuk kampung. Memang letih la kalau nak jalan kaki, lebih2 lagi kalau orang2 tua nak jalan dengan keadaan panas terik. Tapi tak ada pilihan la

Tapi yang bestnya ada transport disediakan. Sampai kat tempat parking tu, ada van, storm, motor yang akan bawa tetamu ke rumah. Macam kelakar, tapi best. Ada yang naik storm duduk ramai2 kat belakang tu. Meriah. Lagipun jalan kampung tu kecil, muat untuk sebiji kereta, kalau pada 1 masa kereta keluar masuk memang susah lah. Ada yang cakap nak datang kenduri ni sampai kena tukar transport lagi, kena naik 2 biji kenderaan

1 comment:

  1. Memang bila time nak kenduri ni mcm2 yg kena difikirkan nya.. ;)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.