Dah lama meninggalkan blog ni. Sebulan tak bekerja. Sepanjang sebulan ni rasa terlalu banyak menyusahkan orang2 di sekeliling. Sebelum balik ke kampung, rasa badan ni teruk sangat, hanya mampu terbaring. Bergerak sikit saja muntah. Nak bercakap pun tak larat. Minum air pun muntah. Makan ubat, ubat tu akan keluar balik dalam rupa yang asal jugak.
Dua kali mengalami keadaan yang sama. Tapi rasanya kali ni makin teruk. Dulu orang2 yang berpengalaman selalu cakap yang kalau alahan teruk masa pregnant anak pertama, anak ke dua akan ok. Tapi kes saya berlainan. Kali ni perasaan fobia dan takut tu makin kuat. Nak kuatkan semangat pun rasa tak mampu, tetap menangis. Dugaan dari Allah hanya kepada hambaNya yang mampu menghadapi.
Terima kasih tak terhingga kepada:
- encik suami kerana memahami keadaan isteri walaupun terpaksa berjauhan beratus2 kilometer.
- Haziq, ibu minta maaf. Ibu bukan nak abaikan Haziq. Ibu sayang sangat tapi ibu tak terdaya nak uruskan Haziq masa tu. Setiap kali ibu muntah Haziq akan buat muka simpati, urut2 belakang ibu
- ayah & mak kerana susah payah naik bas berulang alik dari Jitra-Puchong, cuci kain2 yang kotor setiap kali lepas muntah. Jasa mak & ayah tak kan dapat dibalas tapi insyaAllah cik akan jaga ayah & mak sebaik mungkin
- kak, bdin, adik, dini, along, kakak, baby sebab tolong macam2, lebih2 lagi tolong layan kerenah Haziq yang setiap masa nak berkawad di luar rumah
Terima kasih yang tak terhingga pada semua. Maaf kerana terpaksa menyusahkan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.