Monday, October 25, 2010

Balik Kampung

Malam Jumaat tu tengah kemas2 baju Haziq untuk hantar kat rumah pengasuh esoknya. Tiba2 mak call

mak: dok buat apa
saya: tengah kemas baju boboy boh dalam beg
mak: nak balik kg esok ka
saya: xla,ni nk bwk p rmh pengasuh esok ni. balik raya haji ni kot
mak: lambat lg (nada sedih, terus diam)

dah tau mesti mak tengah mengeluarkan mutiara jernih tu.huhu...lepas tu suami tengok saya, saya tengok suami. Suasana sunyi sepi, ada suara tv ja. Haziq dah selamat tidur. Dalam pukul 11 tu suami kata jomla balik Kedah esok..wah riang ria rejoice la saya. Tapi macam antara percaya dengan tidak

saya: betul ke ni? serius ke?
suami: ye la,betul la tak kan nak main2
Haziq: betul ke ni abah? (xla time ni Haziq dah selamat berlepas sampai ke mana dah pun)

Lepas tu bermula la adegan mengemas. Transfer baju Haziq dari beg rumah pengasuh ke beg baju. 4.30 pagi tukar pampers Haziq, bagitau dia, kita nak balik kampung ni. Terus mula bercakap (bahasa tersendiri la) siap senyum2. Mesti Haziq pun seronok nak balik kampung. Sepanajang perajalan Haziq tak tidur pun, mood pun ok. Memang boleh puji la

Pukul 6 pagi kak msg tanya jadi tak balik, saya reply cakap jadi tapi lepas sambahyang Jumaat baru gerak dari Puchong. OK, berjaya walaupun time tu dah on the way dah tu

Pukul 11 pagi sampai rumah. Semua terkejut. Tapi biasala semuanya datang meluru berebut nak ambik Haziq. Kat saya dengan suami tak sorang pun datang nak berebut nak dukung2 ke.hehe...

Perkara penting yang mesti Haziq buat mestilah melawat kandang lembu, lepas tu kena letak atas belakang anak lembu memang nganga sampai nampak anak tekak la. Memang nampak kegembiraan Haziq masa kat kampung. Tapi masa nak balik sini, siap tarik2 baju ayah lagi sebab tak nak naik kereta. Agaknya bila dah besar nanti kena main kejar2 dulu la kot time nak balik.huhu..

4 comments:

  1. sedih plak dgr...seb baek hubby bg cadangan balek kg terus...best je kan...

    ReplyDelete
  2. tu la.best tgk mak,ayah,semua kat kg hepy wpun kita tpaksa bersusah payah sikit kan

    ReplyDelete
  3. takde gambar haziq atas anak lembu ke? cam comel je..hehe

    ReplyDelete
  4. jenanese, xsempat nk capture.ibu pun excited gak blk kg.tu xsmpat nk ambil2 gmbr tu.hehe...xpe,next episode

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.