Tuesday, April 16, 2013

JIKA ANAK ANDA DIKATAKAN BUAS DAN SUKA MENGGANGGU

Sebuah soalan daripada seorang ibu muda:

Salam puan. Anak saya lelaki, 3 tahun lebih. Dia memang seorang yang aktif, lasak. Pagi ni saya rasa sangat down sebab pekerja di taksa cakap anak saya sangat buas, sangat teruk, jika anak saya tak tidur, budak2 lain pun tak boleh tidur sebab anak saya bising. Dia memang suka bermain di luar. Bila dapat complain macamtu saya rasa kesian kat anak saya and at the same time saya rasa saay bersalah sebab saya tak pandai didik anak sampaikn orang lain ada pandangan negatif pada anak saya.

Jawapan Ibu:

Maaf kerana lambat ibu menjawab. Sebenarnya anak puan bijak dan cerdik, itu sebab dia aktif. Dia juga suka explore dan belajar dengan cara melakukan dan membuat. 

Daripada informasi yang diberi, pihak taska buat masa ini tidak ada kemahiran untuk mengendali dan mendidik anak puan seperti yang dia perlu. Jika boleh berbincang dengan mereka untuk mencari penyelesaian yang membina, maka lakukanlah. Jika tidak, maka untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, eloklah puan mencarilah taska yang lain. Kerana puan perlu mencari taska yang boleh membina imej diri yang positif bagi anak puan. 

Ibu ingin ingatkan bukan semua taska mempunyai guru-guru yang mempunyai kemahiran yang diperlukan di dalam mendidik anak-anak zaman milinea ini. Namun, itu tidak juga bermaksud Taska anak puan itu tidak bagus langsung. Namun, untuk anak puan, ianya tidak sesuai kerana anak puan memerlukan guru-guru yang lebih memahami psaikogi pendidikan awal kanak-kanak dan kepelbagaian modaliti pembelajaran bagi sesaorang anak serta kemahiran mendidik anak-anak generasi milinea. 

Anak puan belajar dengan cara aktif dan tenaganya besar. Oleh itu, ia memerlukan para guru yang bijak membantu anak puan menggunakan tenaga hebat itu untuk kemanfaatan dirinya dan orang lain. Bila gurunya tidak begitu terdedah kepada kemahiran seperti itu, maka memanglah anak yang aktif begini akan memeningkan kepala mereka. Itu sesuatu yang kita perlu terima tanpa melekehkan mereka atau kita berasa malu atau rendah diri.

Apa yang terjadi di taska yang puan hantar anak puan, jika dibiarkan berterusan akan menjadikan anak puan mempunyai imej diri yang negatif tanpa para guru itu berniat sedemikian. 

Bukan senang untuk seorang ibu malah anak itu juga menerima kata-kata bahawa anaknya buas dan suka mengacau anak-anak yang lain dan menyusahkan mereka mengendalikan anak-anak yang lain. Imej diri; 'Aku budak buas' atau 'Anakku buas' - akan memberi satu pengaruh negatif kepada anak kecil itu dan ibu yang mendengarnya juga.

Jika dibiar, lama-lama dia akan membesar dengan imej itu dan bila masuk sekolah dan sampai ke remaja, dia akan melakukan banyak perkara yang memenuhi tuntutan, ' aku ini budak BUAS!' 'Maka aku pukul dan bergaduhlah dengan kawan-kawan dan melawan guru!' Nampak!

(Jika sememangnya sukar mengendalikan anak yang aktif itu, ada cara untuk bercakap kepada ibu atau bapanya. Ada cara untuk memberitahu agar ibu bapa dapat bekerjasama dan menjadikan anak itu lebih mudah dikendalikan keaktifannya. Dan cara itu bukanlah marah dan hukuman tidak berpatutan dan tidak membina diri anak itu).

Puan perlu kuat semangat. Jangan biarkan kata-kata itu merosakkan imej diri anak puan. Ambil yang baik sahaja.

Imej diri yang negatif jika dibiarkan kemudiannya akan merosakkan hormat diri anak puan. Anak yang rosak hormat diri akan melakukan banyak perkara buruk atau akan merosakkan diri mereka sendiri. 

Jika berkemampuan, dapatkan nursery yang ada kemahiran yang diperlukan.

Mungkin puan perlu berkorban kewangan sedikit, namun bila nursery yang dihantar itu sesuai dengan anak puan, dia akan membesar dengan baik. Puan pula akan lebih berupaya untk bekerja dengan lebih baik dan membawa pulang wang yang lebih banyak dan meningkatkan taraf hidup puan.

Anak yang rosak akan meruntunkan hati dan duit yang didapatkan daripada pekerjaan akan habis utk memperbaiki onar yang dilakukan oleh anak itu.

Harap dapat fikirkan masak-masak.
kuatkan semangat dan pinta pertolongan daripada Allah.


psst: ibu muda yg dimaksudkan itu ialah saya

2 comments:

  1. sapa tak sedih bila ada orang kata anak kita buas... huhuuh tapi, kita sbagai ibu kena bnyk study cara2 untuk melentur dia, supaya lembut hati sikit. =)

    ReplyDelete
  2. Anak yg lasak ni otak dia pun ligat berfikir seligat pergerakan dia kan sis.. ;)
    Biarlah asalkan deme sihat..
    Kalo x sihat kang susah ati plak menempek jer..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.