Tuesday, November 27, 2012

Berpantang

Pantang maut sebelum ajal. Tak de la, bukan nak cerita pasal tu pun. Ni berpantang selepas bersalin. Dulu saya pernah post pasal kemusykilan nak berpantang di mana sebab masa tu ada jugak terfikir nak berpantang di rumah sendiri. Tapi lastly pantang kat kampung jugak.

Mak dengan ayah datang rumah saya awal lagi. Sebelum 37w sebab masa bersalinkan Haziq dulu masa 37w dan masa tu cuma ada encik suami saja sebab mak dengan ayah masih lagi di kampung. Kali ni rasa lebih yakin walaupun keadaan saya agak teruk - bengkak, kebas sana sini dan terpaksa cuti awal. Tapi takpe tu lah namanya ujian dan dugaan. Alhamdulillah dah selamat dah.

Saya bersalin pukul 11.49am, esoknya pukul 11am dah boleh balik. Hari ke 4 saya balik Kedah. Berpantang kat kampung memang ketat la penjagaannya. Mak jadi ketua misi. Hehe.. Sentiasa kena bertungku. Kalau ikutkan mak selain daripada masa menyusukan anak, mandi, makan tu saya kena baring untuk bertungku je. Memang sentiasa kena peluk tungku la.

Inilah rupa paras tungku ye ( pic from Google)

Tungku ni ikut berat. Yang saya guna 4kg. Sebelum guna kena panaskan dulu tungku ni lepastu balut la dengan kain. Kat kain tu lapik la dengan daun pandan ke daun mengkudu ke. Lepastu dekat2 nak lepas bersalin tu lapik dengan daun tutup bumi. Lepastu masa bertungku tu kena baring dengan kaki yang rapat dan mesti berstokin. Mak cakap masa mak dulu arwah nenek siap ikatkan kaki kat hujung tu sebab nak bagi rapat. Hehe...

Lepastu part yang paling saya suka mandi air daun. Orang lain mandi air daun ni 2,3 hari je tapi saya sampai sebulan. Macam2 daun yang mak guna. Yang saya tau daun inai, daun pisang kelat, daun pandan..lagi ntah daun apa tah. Rasa segar saja badan. Mandi air suma, bukan air sejuk. Mak panaskan air dalam periuk besar guna dapur kayu ; )

Stokin. Ni pun kena pakai 24x7 jugak kalau boleh. Tapi saya tak boleh la. Malam, lepas mandi, pagi2 memang saya pakai la.  Saya pakai sampai jadi gatal2 la kat atas buku lali tu.

Makan lak tak boleh makan ikut sedap hati. Saya makan ikan talang goreng dengan bawang, ikan kembung rebus, sup ayam, sup daging, sayur sawi, ulam cekur, ulam pegaga. Masa dekat2 nak habis berpantang tu makan akar tutup bumi - makan dengan sirih pinang, tak kunyah macam tu saja. Lepastu rebus pokok tutup bumi tu, minum airnya. Sangat la pahit. Huhu...

Pokok tutup bumi (pic from Google)


Kalau saya cakap ala mak, tak boleh ke kalau tak makan ni, tak buat tu mesti mak cakap ni untuk kebaikan masa akan datang, memang la tak rasa sekarang tapi nanti bila dah umur 40 tahun ke atas baru nak rasa sakit. Lepastu mak cakap perempuan kena la jaga betul2 apa yang sepatutnya kena jaga. Okay mak

Kalau nak ikutkan petua2 mak, nenek, macam2 tak boleh. Meh saya nak senaraikan apa yang saya tau ye. Tapi tak semua la kena ikut. Mak cakap biasa la orang dulu2 memang strict bab2 ni. Tapi nasib baik la mak saya tak se'strict' macam arwah nenek

- tak boleh bersila, tak boleh mencangkung. kalau masuk toilet jenis cangkung tu dengan duduk bersimpuh. Nasib baik la kat rumah toilet jenis duduk

- makan biskut tak boleh celup terus dalam air. kena makan asing2. kunyah2 biskut dulu baru minum air sebab orang tua2 dulu cakap takut nanti .....( tak yah tulis la ye tapi untuk perempuan la) 
Tapi mak saya tak kisah pun yang ni tapi saya kena tegur dengan mak saudara sebab saya suka cicah biskut dengan air ; )

- masa baru lepas bersalin tu tak boleh makan sup 2 sayur yang berair (sama kes dengan yang di atas)
Tapi saya tak ikut pun

- makan nasi tak boleh tambah
Memang saya makan nasi tak tambah

- tak boleh makan nasi yang sejuk ( memang mak akan masak nasi baru untuk saya )

Kali ni mak kena jaga 2 orang yang berpantang dan dua cucu sebab mak dengan ayah dapat package 2 cucu sebulan. Bukan kembar tapi macam kembar la jugak. Sepasang lak tu. Hehe... Adik ipar saya bersalin 2 minggu selepas saya bersalin. Dia pun berpantang kat rumah mak. So sama2 la kami berpantang.

Terima kasih mak dan ayah dan seluruh ahli keluarga sebab jaga saya dengan baik. Jutaan terima kasih pada mak la sebab antara semua mak la yang paling banyak menguruskan

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.