Friday, November 30, 2012

Hargailah Mereka

1,2,3,4

SaTu
kasih nan abaDi
TiaDa TanDingi
Dia yang SaTu

Dua

sayang berpanJangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu

Tiga

Lapar Dan Dahaga
reLa berpayahan
seTianya ayah

EmpaT

muLa kau ke Temu
perhaTi seLaLu
beza anTara kasih Dan kekasih

SaTu

kasih nan abaDi
TiaDa TanDingi
Dia yang SaTu

Dua

sayang berpanJangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu

Tiga

Lapar Dan Dahaga
reLa berpayahan
seTianya ayah

EmpaT

muLa kau ke Temu
perhaTi seLaLu
beza anTara kasih Dan kekasih

Ibu ku ingaT DahuLu

menyisir rambuTku
kemas seLaLu

ayah menghanTar ke sekoLah

bergunaLah iLmu
biLa Dewasa

sayang Dengar Lagu ini

unTuk kau sanDarkan
buaT peDoman


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti


Saya memang touching kalau dengar ke dua2 lagu di atas. Maksud yang mendalam. Huhu...

Ahad lepas hari yang sedih sebab mak dengan ayah dah balik kampung. Lebih kurang 3 bulan lebih mak ayah ada depan mata. Sebelum saya bersalin, mak dengan ayah dah datang rumah sebab saya tak berapa sihat. Lepastu berpantang kat kampung. balik sini sekali jugak. Bila dah sampai masa mak dengan ayah nak balik kampung tu rasa sedih tu tak dapat nak bendung dah.

Kat rumah rasa sunyi sangat. Memang la kalau masa diorang ada kat rumah pun bukan la diorang buat bising macam Haziq tu. Tapi keadaan jadi lain. Masa diorang ada rasa semangat tu lebih, rasa lebih yakin. Tapi bila diorang tak ada rasa macam 0.

Saya tetap bersyukur sebab masih lagi ada insan yang boleh dipanggil mak dan ayah walaupun mereka tiada bersama saya setiap hari. Hanya suara menjadi pengubat rindu. Dah jadi kebiasaan setiap hari mesti call mak dan ayah. Kalau saya tak call, mereka akan call. Dari dulu2 lagi dah macamtu. Dari saya masuk matrik, saya tak pernah miss dengar suara mak dan ayah walaupun tak dapat tengok muka. Syukur alhamdulillah.

Hargai lah ke dua ibu bapa kita sebab kita sebagai anak memang tak kan dapat membalas budi baik mereka pada kita. Berbakti la pada mereka selagi kita terdaya. Sebagai anak, janganlah sesekali kita lupa mendoakan mereka. Saya juga berdoa agar saya sentiasa ingat kepada mereka, tidak lupa diri

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya: 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,

STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 


Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Peringatan ni untuk saya dan juga kawan2 semua ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.