Tuesday, July 17, 2012

MGTT (Meal Glucose Tolerance Test)

Kalau sebut MGTT mesti ramai tak familiar kan apa tu. Kalau sebut minum air gula ramai la yang familiar, lebih2 lagi ibu2 yang pregnant. Alhamdulillah dah lepas dah sesi minum air gula. Huhu...Dulu MGTT ni untuk kumpulan yang berisiko tinggi, yang ada diabetis ke, familyl background ada diabetis ke, ada ahli keluarga yang bersalin awal ke, berat badan naik berlebihan dari yang ditetapkan ke. TAPI.... sekarang ni kepada ibu yang pregnant yang berumur 25 tahun ke atas memang WAJIB minum air gula. Tapi bergantung kepada kawasan masing2 la. Macam saya ni PKD Sepang memang wajib.

Saya orang pertama tadi minum air gula tu. Sedappppppp sangattttttttttttttt.

Prosedur:

1- kena berpuasa start pukul 10pm malam sebelum test tu.

Kalau appointment Selasa 8am, pukul 10 Isnin malam Selasa tu tak yah la makan apa2 dah ye. Tunggu sampai habis test esoknya tu

2- datang ke klinik, ambik darah ( 5 ml ), lepastu minum air glukosa yang memang pekat, melekat, melekit pada tekak ( mengandungi gula sebanyak 75gm ).

Macam ni la rupa gelas berisi air gula tadi. Tapi gelas saya tadi warna pink. Hehe... nak jugak bagitau. Tapi.... sukatan yang amat penuh ye, misi tak bagi diskaun pun. Huhu...

3- tunggu selama 2 jam selepas minum air gula untuk ambil darah buat kali ke 2

4- dah ambil darah, boleh la buka puasa : )

Lenguh jugak la tangan ni kena cucuk ambik darah. Tapi tak pe lah kalau dah prosedur macam tu kena la ikut kan. Risau jugak nak tunggu result ni. Memang la tak ada sejarah diabetis, family pun ok tapi kalau dah buat test, memang la risau nak tunggu result tu. Tambah pula kalau pregnant ni memang berisiko ada darah tinggi, kencing manis semua tu. Semoga result saya nanti ok, tak ada apa2 yang negatif

Saya pun kena control pemakanan jugak, tak boleh main bedal ikut nafsu je. Tadi naik atas penimbang, jarum tu terketar2 lak tak nak stop betul2, kejap 50kg, kejap 50.3 kg. Dok menari je. Misi kata kenapa jarum ni tak nak stop. Agaknya jarum tu nak jaga hati saya la kot. Hehe... So misi tulis 50.5kg. 2 minggu lepas berat 49kg. Haa... naik sampai 1.5 kg dalam masa 2 minggu? Overnya. Sepatutnya naik 0.5 kg saja, ni melebih2, melimpah ruah la pulak.

Kalau nak tau dengan lebih details lagi boleh la baca kat sini

3 comments:

  1. Harap xde apa2.. Srkg semua KK akan buat mgtt terhadap semua ibu2 mengdung. Cegah sblm parah hihihi.. Byk juga air tu. Kat KK shima cwn bermacam ragam, klu buat cwn semua sama camni kan senang xde la org nk pilih2.. padahal sama je kandungannya hihihi... Shima minum air gula seawal 9mgu 2nd prgnt... dan terus kena buat BSP! Huwaaaa! stop BSP mgu ke 38... sangap tak lengan kena cucuk... Alhamdulillah xkena insulin

    ReplyDelete
  2. @ShimaSalleh semput la nak habiskan Shima. Tadi rasa nk tkeluar blk dh tp sbb nurse tgk, tahan jugak. klu x, kena minum balik

    Huaa.. lama ye kena buat BSP

    ReplyDelete
  3. aaaa...memang kena eh..kalau check up kat swasta tak kena kan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.