Thursday, September 13, 2012

Kebas Tangan - Carpal Tunnel Syndrome II

Pagi ni nak buat roti telur untuk bawa bekal. Masa tu tangan ke dua2 belah memang tak boleh genggam rapat, boleh bengkok sikit2 tapi sakit. Tapi gigihkan diri jugak nak buat breakfast. Dah pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, letak benda2 lain lepastu terlepas mangkuk tu, habis bersepah atas lantai. Huhu... Sedihnya rasa. Bukan setakat kebas tapi sakit.

Tapi nasib baik la yang teruknya masa pagi saja. Lepastu makin ok walaupun rasa kebas dan sakit tu tak hilang terus tapi ok la jika nak dibandingkan dengan waktu pagi. Tak sama apa yang kita alami setiap kali pregnant. Yang pertama dulu banyak yang tak rasa, yang kedua ni banyak yang merasa ;)

Dugaan. Bersabarlah (pesanan untuk diri sendiri). Dah tak lama lagi dah. InsyaAllah


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.