Dah banyak minggu tangan saya rasa kebas2. Lebih2 lagi masa bangun pagi. Nak genggam tangan rasa macam sakit. Minggu lepas masa checkup tanya la doctor pasal ni. Doctor cakap tu normal, memang sesetengah orang akan ada masalah ni. Selalunya akan hilang selepas bersalin atau selepas berhenti darah nifas. Tapi kalau still teruk sampai tak boleh nak pegang barang, tak ada rasa apa2 kena la buat fisioterapi. Kalau dah buat fisioterapi tapi still tak ok, kena buat minor operation kat pergelangan tangan. Ngeri la pulak dengar.
Dah 2 pagi dah saya bangun tidur dua2 belah tangan tak boleh nak genggam. Nak pegang botol susu Haziq pun tak boleh. Risau la jugak. Tapi fikir balik benda ni normal saja ni. Urut2 sikit tangan, setiap jari2 lepastu ok la sikit. Kaki pun sama. Awal2 pagi tu nak mula menapak tu memang ada rasa sakit la. tapi kena la kuatkan semangan jugak. Huhu...
Pregnant kali ke dua ni macam2 dapat rasa. Masa pregnantkan Haziq dulu rilex la sikit. Tak la teruk macam kali ke dua ni. Pengalaman yang berbeza
dulu masa peknankan wafa pon ade rasa kebas2 camni..normal kn...sekrang dh hilang..haha..
ReplyDelete.
moga sihat2 ibu dan bby ;)
@Noli@Ibu Wafa amin. terima kasih ;)
ReplyDeletesame lah kte...mse preggy dlu, asek kebas je tangan...lg2 mase baru bangun tdo...tak selesa sgt...huhuh
ReplyDelete