Hari ni dah 38weeks 2days. Cuak. Masa Haziq dulu time ni dah jalani proses berpantang dah. Menghitung hari pada kali pertama tak sama dengan menghitung hari kali berikutnya. Haritu tak rasa pengalaman sampai 38weeks ni, cuma sampai 37weeks lebih sikit saja. Sekarang ni macam2 perasaan ada. Lepastu sakti sana sini.
2 hari lepas pergi checkup doctor cakap kepala baby dah engaged sikit. Bersedia la, mungkin cepat mungkin lambat sebab doctor cakap kalau dah engaged tu kadang2 dia tak tunggu masa yang lama dah, cepat je turun. Masa Haziq dulu pulak hari checkup tu (37w + ) doctor cakap langsung tak engaged lagi. Doctor pun buat surat suruh refer pakar kat hospital untuk set date czer. Tapi masa sampai hospital tu doctor pakar dah tak de, so dapat appointment untuk next day. Tapi kuasa Allah SWT, 12am malam tu jugak pecah air ketuban, pegi hospital dah buka 2cm. So kali ni bila doctor cakap dah engaged, boleh bila2 masa memang saya tertunggu2 la. Setiap saat penuh dengan penantian.
Hari Jumaat lepas lak rasa geram, sedih semua ada la. 1 jam saya tunggu bas - beridiri. Ada 1 bas lalu, tahan tapi tak berhenti, laju gile budget macam dia bawa bas ekpress la. Tak sempat lak saya nak ambik number bas tu, kalau tak, memang saya dah buat report la. Huhu... Lepas 1 jam tu ada bas memang crowded la. Saya pun naik jugak sebab dah tak larat tunggu. Lepastu saya kena berdiri sebab dalam bas tu tak ada orang yang celik hati, cuma celik mata saja. Dekat 20min jugak la saya berdiri dalam bas. Lepastu ada pak cik yang check tiket tu datang, pak cik tu sound sorang budak lelaki, muda suruh bangun bla3... Saya pun dapat la duduk. Saya cuma ucap terima kasih dekat pak cik tu saja sebab dia yang tolong saya. Huhu....Tu lah risiko orang pregnant datang kerja, balik kerja naik bas ni atau pengangkutan awam ni. Tak semua orang yang ada hati perut tu berhati perut.
Saya ada tanya bos nak ambik maternity leave awal. Kiranya kalau awal seminggu dua, nanti saya masuk la awal seminggu, dua. Asalkan cukup 2 bulan. Sebab setau saya hal ni boleh dibawa berbincang dengan bos. Tapi mengecewakan sebab bos saya tak boleh dibawa berbincang. Dia cakap maternity leave start on the 1st day bersalin. Huhu... Kijam. Saya macam nak tanya kalau apa2 jadi bos nak ke bertanggung jawab? Seriously kali ni, masa sekarang ni memang saya tak larat. Datang kerja pun sebab terpaksa dan memaksa diri. Hanya boleh berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Kalau boleh biarlah masa saya nak bersalin, turun tanda ke, sakit ke masa saya di rumah, bukan di dalam bas atau di mana2. Saya sangat berterima kasih pada bos kalau dia boleh bagi saya ambil cuti bersalin awal sikit. Huhu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.