Jumaat
Petang Jumaat lepas mak dengan ayah sampai dari kampung. Dalam pukul 7pm tu p ambik kat Putrajaya Sentral. Haziq yang paling excited bila nampak ayah dengan mak. Dah balik rumah memang tapau nasik saja la sebab dah tak larat nak masak dah. Mak siap bawak ketupat palas yg ada kacang kat dalam. Memang sedap la sebab mak buat sendiri. Terima kasih mak, terima kasih ayah.
Malam tu mak cakap ayah nak p Pahang sebab nak p rumah pak cik. Ayah nak naik bas saja ke sana. Sebagai anak memang sah2 la saya tak sampai hati nak biarkan ayah naik bas sorang2 ke sana. Lagipun ayah tak sihat sangat. Kebetulan encik asben pun cuti 3 hari jugak ( Sabtu - Isnin ). Malam tu bincang dengan encik asben dia cakap kita bawa la ayah kalau ayah nak ke sana. Mak pun boleh ikut sekali. Semua boleh pegi sana.
Tapi masa tu dah bincang la kalau pegi tidur rumah pak cik la sebab dulu (ntah beberapa tahun yang lepas) pegi tidur rumah pak teh (adik mak) lepastu pegi jalan ke rumah pak cik. So kali ni tidur rumah pak cik, lepastu pegi rumah pak teh. Petang Ahad kena gerak balik dah. Isnin tu boleh rehat2 sebab Selasa dah keje. Semua setuju buat macamtu
Sabtu
Pagi Sabtu tu bangun cuci baju2 kotor lepastu tanya jadi p ke tak, ayah kata tak tau, ikut la. Hmm... Lepastu cakap kalau ayah jadi p, semua p skali la, tak payah la ayah nak naik bas sorang2. Lepastu dalam pukul 8am lebih tu ayah tanya saya ok lagi ke kalau nak jalan ni, ada rasa sakit ke tak. Saya cakap la ok lagi. Ayah kata kalau ok, nak p semua, jom la tapi bawak semua la buku klinik, barang2 tu.
Haziq la orang pertama bersiap dan tunggu kat pintu. Seronok betul Haziq kalau bab jalan2 ni. Ayah tunjuk jalan ikut jalan dalam. Dari Puchong ke Rompin tu kena tol RM 4.60 je.Hehe... Ayah memang terror bab2 jalan ni. Ikut Bahau, Senawang, mana lagi ntah. Saya pun tak ingat dah. Sampai rumah pak cik dalam pukul 2.30pm macamtu la.
Dah lama ayah dengan mak tak ke sana. Dulu situ la kampung kami. Situ la jugak tempat tumpah darah saya. Hari tu mak tunjuk la bekas tapak rumah kami dulu. Ramai lagi kawan2 ayah dengan mak kat sana. Sempat la ayah jumpa kawan2. Malam tu pak cik call kawan2 dia sebab nak pesan ayam hutan, belibis, apa lagi ntah nak bagi kami makan. Siap makan durian dengan pulut lagi. Memang best la
Haziq lak masa mula2 sampai terus ke kandang kambing. Puas pujuk masuk rumah tapi tak nak. Pak cik cakap tak pe la biar saja dia kat situ. Petang tu siap ikut pak cik masuk dalam kebun sawit tepi rumah sebab nak halau kambing masuk kandang. Haziq memang suka aktiviti2 kampung ni.
Ahad
Nasib baik la bersempadan saja Endau, Rompin dengan Kluang tu. Adik ayah kat Pahang, adik mak kat Johor, dua2 boleh p. Dari rumah pak cik nak ke rumah pak teh ambik masa dalam 1jam 30 min la. Ok la tu, tak de la lama sangat pun kan. Pak cik dengan mak cik pun ikut sekali ke rumah pak teh. Masak2, makan kat rumah pak teh pulak. Lepas Zohor pak cik pun bertolak balik ke rumah dia. Kami lewat sikit la.
Best dapat bawak ayah, mak jalan2 rumah saudara ni kan. Sebenarnya saya risau jugak takut terbersalin di sana. Kalau bersalin masa kat Rompin tu ic baby sama la dengan ic saya, 06 ; )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.