Friday, September 7, 2012

Raya

Lebih kurang lagi seminggu Syawal nak meninggalkan kita tapi saya baru buat entry pasal raya. Memang terlambat la. Tahun ni kali pertama raya tak ada gambar berdua ke bertiga ke berempat ke sejak kahwin ni. Paling kejam gambar Haziq sorang pun tak ada jugak. Huaaa... Padahal pagi tu Haziq handsome segak bergaya pakai baju melayu siap bersongkok, sampin, stokin, kasut. Sorry syg. Rasa tak ada mood lak kali ni nak beriya bergambar. Tapi sekarang saya sangat MENYESAL. Takpe, nanti kalau rajin kita semua pakai baju raya, lepastu snap gambar ye, feeling raya balik. Hehe...

Tahun ni turn kat Kedah. Sebelum balik lagi saya memang dah tau memang dah ada bunga api yang siap sedia tunggu Haziq balik. Dari awal memang harap supaya Haziq tak suka sebab Haziq tak suka asap. Kalau lalu kat mana2 ada asap mesti awal2 lagi tutup hidung lepastu kibas2 dengan tangan sambil cakap busuk. Bukan setakat tu saja, sekarang kalau saya masak pun Haziq dah bising bu, ashap apa ni bu, bu, busyuknya asyap ni.

Tapi tu lah berlainan pulak dengan asap bunga api. Haziq tak buat pun tanda2 tak suka. Macam lupa pun ada yang dia tak suka asap. Agaknya Haziq fikir bukannya boleh main selalu pun. Dari awal saya harap Haziq tak suka sebab benda tu kan boleh membahayakan, takut kena api, lepastu asap tu pun tak elok untuk kesihatan. Tapi terpaksa la terima hakikat yang memang Haziq enjoy main bunga api. Saya dulu masa budak2 pun setiap kali raya mesti melompat gembira dapat main bunga api.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.