Monday, January 31, 2011
Ibu kena usik
Friday, January 28, 2011
Pencarian
Mode : Risau part 2
Malam tadi Haziq tidur tak meragam sangat, badan suam2. Tapi tak nak makan. Ye la mesti tak ada selera nak makan sebab tak sihat. Ibu tak tau nak masak apa nak bagi Haziq makan. Susah hati ibu kalau Haziq tak nak makan, mesti Haziq lapar kan. huhu...Hari ni pun dah pesan dengan ibu umi, kalau ada apa2 terus call ibu. Ibu kena datang kerja jugak sebab ada benda nak kena setelkn.huhu...
Thursday, January 27, 2011
Sambal Rebung Campur Telur
Rebung
Telur
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Minyak
Garam
Cara-cara
1. Hiris rebung nipis2
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang
3. Bila dah keluar bau, masukan cili kisar. biarkan sekejap
4. Masukan rebung yang telah dihiris
5. Buat lubang sikit kat tengah2 kuali tu, pecahkan telur kemudian kacau bagi hancur
6. Tambah garam sesedap rasa
*** rebung yang saya guna tu segar dari pokok buluh, tak guna rebung beli. Rebung ni yang dah direbus
Mode: Risau
Wednesday, January 26, 2011
Chocolate Moist Muffin
2 cawan tepung naik sendiri (boleh juga guna tepung gandum + baking powder)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk coklat
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Cara-cara
1. Panaskan air dalam pengukus
2. Campurkan semua bahan satu persatu. Tak perlu guna mixer,cuma kacua biasa je sebab nanti takut terlalu naik.
3. Kukus sampai masak
Scott's Emulsion
Chinese New Year
Hamper dah banyak dah kat pejabat ni. Sebelah meja saya lak tu. Rasa macam keje kat pejabat hamper lak. Macam2 ada dalam tu - coklat, limau, Innershine Prune, macam2 lagi la
Limau
Limau memang berkotak2 lah. So keje saya sekarang makan limau la.Breakfast pagi ni pun limau
Cuti
Tuesday, January 25, 2011
Contest Foto Kiut
Contest Senyuman Si Cilik
My Hardworking Child/Children Contest
Risau
Rahsia Bulan Kelahiran

* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan - kdg2 agak kelam kabut la jugak klu nk decide something
* Gerak hati yang sangat kuat - kadang2

Monday, January 24, 2011
He Grow Up So Fast



Kek Pelangi

Hari Minggu







Friday, January 21, 2011
Ayah dan Mak dalam hidupku
Gulai Ikan Temenung dengan Timun

Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
Panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…..
sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak......untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang hysteria
p/s: Cerita ni saya dapat dari aziqyaya. Memang sangat menyentuh hati. Teringat mak, ayah, adik kat kampung. Tak sabar rasanya nak balik
Wednesday, January 19, 2011
Story of an eraser and pencil

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cause you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.
Tuesday, January 18, 2011
Gulai @ Masak Lemak Ikan Tongkol @ Mambu @ Kayu

1. ikan tongkol-direbus terlebih dahulu bersama asam keping, garam dan lengkuas .
2. 1 inci lengkuas-dikisar
3. 5 tangkai cili kering-dikisar
4. Bawang merah 3 ulas-dikisar
5. Bawang putih 2 ulas-dikisar
6. 1/2 inci kunyit hidup-dikisar (kalau tak de kunyit hidup, boleh guna kunyit serbuk je)
7. santan kelapa secukupnya
8. 1 keping asam keping
9. timun (kalau nak letak kacang panjang pun boleh)
10. Sedikit garam dan gula
Cara Masaknya:
1. Campurkan santan bersama bahan2 kisar
2. Tunggu sehingga pecah minyak masukkan asam keping dan timun dan biarkan sementara untuk melembutkan timun (guna api perlahan)
3. Masukkan ikan yg direbus td
4. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka....
Kerisauan Seorang Ibu
Haziq @ Home



Haziq @ Tasik Shah Alam


Thursday, January 13, 2011
Dah besar dah anak teruna ibu
Wednesday, January 12, 2011
Haziq hilang .huhu......
Tuesday, January 11, 2011
Kek Pisang Marble Susu
1 cawan gula (saya guna dlm 1/4 cwn je sbb pisang dh manis llps tu nanti nk ltk susu lg)
1/2 cawan minyak masak (saya guna marjerin yg dicairkan)
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum (saya guna 6 biji sebab pisang kecik2)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit serbuk koko
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan
4. bakar kek pada suhu 150 darjah celcius selama 50 minit @ sehingga masak
kalau nak lg menraik letak la coklat rice skali
Haziq tak berapa sihat
Monday, January 10, 2011
ceritera


Thursday, January 6, 2011
Takut Nenas


Anakku

Wednesday, January 5, 2011
Hisap Ibu Jari Kaki

Krisis Minyak Masak
