Wednesday, April 4, 2012

Ujian Saringan Tibi dan Tiroid

Isnin lepas cuti sebab ada checkup kat klinik desa. Masa kat klinik tu biasa la orang ramai kan, berborak la dengan akak2 yang ada kat situ

Kakak tu: anak pertama ke?
Saya : Anak ke dua
Kakak tu : Kahwin awal ke?
Saya : Saya, tak awal la kak
Kakak tu : Umur berapa sekarang ni
Saya : Dah 29, penghujung 20an dah
Kakak tu : La, ye ke? Kakak ingatkan baru 20 lebih sikit. Skrg dah berapa bulan? Tak nampak langsung perut
Saya : 3bulan lebih, 14 minggu

Dah sampai tahap mengantok tunggu turn, last skali number saya naik la jugak. Berat badan 38kg, nurse tulis dengan pen merah, siap digaris2kan lagi.Huhu... Check2 semua kena pegi jumpa doctor lak kt klinik kesihatan dengkil. So pilih pegi haritu jugak sebab dah alang2 cuti, setelkan 1 hari terus. Appoinment kat klinik dengkil pukul 3.

Dah jumpa doctor pasal masalah batuk, berat badan semua tu. Memang agak bermasalah la. So kena buat ujian saringan tibi dan tiroid. Hari tu darah kena ambik dalam 10ml. Huhu...Doctor cakap tak boleh simply kata batuk ni pembawakan budak melainkan kalau dah buat test semua ok. Batuk saya dah 3 bulan lebih dengan kahak yang banyak. So next day kena pegi lagi untuk hantar sample kahak

Sebenarnya saya berdebar la jugak nak tunggu result minggu depan. Semua doakan saya ok ye, tak ada apa2 yang serius.

Peneman setia

2 comments:

  1. oo..result tak dapat lagi, semoga takdak apa2 la..

    ReplyDelete
  2. result isnin depan. lepastu baru dctr akn decide kena refer pakar ka x

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.