Friday, June 1, 2012

Tanggang Moden

Sedih la baca paper hari ni. Seorang anak yang dah berjaya jadi jurutera tergamak hantar ayah kandung sendiri ke pusat jagaan, lepas tu tak ngaku ayah lak. Sebaliknya ngaku sebagai jiran saja. MasyaAllah. Kenapala sampai tahap macamtu ye. 

Jurutera mampu kot nak ambik orang jaga ayah. Kalau nak hantar kat pusat jagaan pun jangan la buat sampai macamtu. Tak kan tak ada perasaan sedih, kesian kat ayah kandung sendiri.

Kepada jurutera tersebut, berdoalah semoga bila dah tua nanti anak awak tak ngaku sebagai jiran awak dan hantar awak ke tempat yang sama macam awak hantar ayah awak.

 Pic daripada Harian Metro

Ni petikan daripada Metro

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.
Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.

“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.

Doalah semoga kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini. Walaupun kita tak tau apa punca sebenar tapi rasanya sebagai seorang anak tak patut kita buat macamtu kepada ke dua ibu bapa yang menjaga kita sejak lahir. Wallah hu alam


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.