Wednesday, May 16, 2012

Haziq demam

Hari Ahad tu buat makan2 sikit sebab Isnin tu birthday encik asben. Dah petang tu keluar la kejap bawa Haziq tengok orang main layang-layang. Masa magrib tu tiba2 badan Haziq panas, terus bagi ubat, lepastu jelum. Dah reda panas. Dah tidur, dalam pukul 2am, pegang badan Haziq memang sangat2 panas, temp sampai 39. Terus jelum. Haziq tak boleh tidur pun sampai azan Subuh baru tidur balik. Pagi tu confius lak nak datang kerja ke tak. Kepala memang sakit, berdenyut2 sebab tak cukup tidur. Masa tu Haziq tidur nyenyak lagi sebab awal tu tak dapat tidur.

Dah sembahyang, mandi, ibu siap la jugak konon nak pergi kerja jugak. Lepastu kesian nak kejut Haziq, biar dulu dia tidur, tengok pukul berapa akan bangun. Haziq bangun 845am. So, memang ibu decide tak pergi kerja la sebab tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan Haziq, bab sakit kepala tu soal ke 2. Haziq dah la kalau demam mendadak panasnya. Tiba2 je akan panas. Kena sentiasa jelum. Lagipun kalau datang office memang kepala akan fikir pasal Haziq je. Pukul 9am tu bawa Haziq ke klinik. Doktor cakap kahak banyak. Memang tiba Haziq batuk teruk, ibu dengar pun kesian sebab ibu pun memang batuk teruk sekarang ni. Doctor bagi ubat dulu, kalau still sama, kena buat nebulizer.

 Haziq cakap panas, nak payung

Malam tu dah cakap kat abah kalau malam ni Haziq masih lagi demam, esok turn abah pulak jaga Haziq, ibu nak kerja pulak. Malam tu memang start 1am Haziq tak boleh tidur, badan panas je dengan batuk pun teruk. Ibu memang berjaga la sebab nak jelum Haziq. Takut gak nak tidur, takut tak sedar apa jadi kat anak. Abah tidur jugak kejap2. Pagi tu cakap kat abah ibu nak pergi kerja, abah jaga Haziq sebab memang abah cuti. Lepastu boleh lak abah cakap cuti jugak la sebab dia takut nanti Haziq menangis cari ibu. Haziq time tak sihat memang sentiasa nak ibu je. Lepastu abah cakap kena la sama2 jaga anak. Tiba2 saja kena sama2 kan, sebelum ni ibu sorang2 saja pun dengan Haziq. Saja la tu cari alasan

Pukul 9am tu bawa Haziq pergi buat nebulizer. Dah lama Haziq tak buat ni, last masa baby dulu. Menangis2 cakap tak nak. Tapi nak tak nak kena terpaksa buat jugak untuk kebaikan. Semalam Haziq ok je. Malam tadi pun ok tidur. Pagi ni badan pun dah tak panas. Ibu baru start kerja hari ni. Ibu harap2 Haziq ok. Kejap lagi ibu call pantau perkembangan Haziq.

Akak kat bawah rumah tu cakap kalau Haziq demam 4 hari tak baik, bawa ke klinik kerajaan sebab sekarang ramai kanak-kanak yang demam lebih daripada 4 hari kena ambil darah.

4 comments:

  1. get well soon haziq...risau kalo anak demam lama2 kan..

    comel nya pic berpayung tu..

    ReplyDelete
  2. @Fieza79 tu la. tmbh2 lak style yg pns mdadak ni. mmg risau la nk tinggai.

    payung besaq bukan main.hehe..

    ReplyDelete
  3. alahai ciannya haziq.. betul la sis klu demam berlarutan cpt2 bawak gi hospital.. riso kan skrg macam2 penyakit.. get well soon k haziq cyg!

    ReplyDelete
  4. @ct rahani Tq. Alhamdulillah Haziq dah ok dh, mlm td ok, hr ni pn ok. Harap2 dah stop la demam semua tu.huhu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.