Thursday, August 4, 2011

Tewas juga akhirnya

Aim tahun ni nak kurangkan aktiviti ke bazar ramadhan. Bukan apa, tahun ni alhamdulillah boleh balik awal, pukul 4pm, so sempat la masak2 walaupun yang simple2. Terima kasih bos. Lepas tu nak mengelakan pengaliran wang keluar dan nak mengelakan pembuangan makanan. Ye la, masa tengah lapar, tengok tu nak, tengok ni nak. Nafsu.


 Beraneka juadah (ihsan google)

Macam2 ada kt bazar tu, warna warni. Memang cantik menarik tertarik la. Tapi tu lah semalam, puasa ke 3 tewas jugak akihrnya saya. Tapi aim cuma nak kurangkan ke bazar bukan tak nak pergi terus. Tapi asben yang ajak, ronda2. Dengan Haziq yang dok nak keluar tu.

Tapi tak membeli belah sangat la, beli kuih saja RM2, 5 ketul. Dah tak ada dah sekarang ni RM1 3 ketul. Tapi tu la pembaziran jugak sebab makan cuma seketul saja. Tu pun kuih asben yang pilih. Saya tak makan sangat kuih2 ni, nasi dengan air pilihan pertama.

2 comments:

  1. kuih 5 = RM2?? mahalnya! sini ada lg 4 = RM1 tapi kebanyakannya 3 = RM1..

    ReplyDelete
  2. sini kuih 1 4 kupang wei. klu 3 rm1.20.xdk apa yang murah dah sini ni.huhu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.